Anak lelaki, menantu arwah Ashaari didakwa cuba hina Islam

Anak lelaki, menantu arwah Ashaari didakwa cuba hina Islam

MUHAMMAD ‘ATHOULLAH Ashaari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Anak lelaki pengasas al-Arqam, Ashaari Muhammad dan isterinya didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam atas pertuduhan cuba menghina agama Islam dan bersubahat melakukan kesalahan tersebut pada September lalu.

Bagaimanapun Muhammad ‘Athoullah Ashaari, 39, dan Ummu Habibah Raihan, 41, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie Mohd. Yunus Mohamad Zin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad ‘Athoullah didapati memiliki tiga dokumen yang disita dalam Op Global pada 21 September 2024 iaitu buku Politik Islam Membawa Kasih Sayang Bil 2857, Pendidikan Rasulullah Bil 2185 dan satu bingkai gambar Ashaari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 1.15 petang di sebuah rumah bernombor di Taman Ayer Molek Perdana, Kuala Sungai Baru dalam daerah Alor Gajah pada 21 September 2024.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM5,000 atau dipenjara maksimum 36 bulan atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 iaitu cuba menghina agama Islam dengan cara menghina fatwa yang dikeluarkan oleh mufti melalui warta bertarikh 11 Ogos 1994 dan warta bertarikh 2 Ogos 2007.

Sementara itu, Ummu Habibah Raihan didakwa di bawah Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 ke­rana bersubahat dengan Muhammad ‘Athoullah melakukan kesalahan itu di lokasi dan waktu yang sama.

Wanita itu berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum 36 bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Melaka, Atras Mohamad Zin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini