Akibat penyakit misteri, Jamie Foxx terlantar koma 20 hari. - Utusan Malaysia

Akibat penyakit misteri, Jamie Foxx terlantar koma 20 hari.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon, Jamie Fox bersyukur apabila diberi peluang kedua selepas koma selama 20 hari akibat penyakit misteri.

Perkara itu didedahkan peminat, Chamber, yang hadir ke sesi rakaman rancangan komediri Netflix aktor itu di Atlanta, awal Oktober lepas.

Menurut Chamber, Foxx, memberi penjelasan mengenai pengalaman hampir mati itu kepada audiens.

“Kata Foxx, dia menyangka dia pengsan selama beberapa minit, namun sebenarnya dia koma hampir tiga minggu.

“Katanya lagi, dia terkejut apabila dia sedarkan diri di katil hospital dalam keadaan kusut masai,” ujar Chamber.

Foxx sebelum ini pengsan ketika melakukan penggambaran filem terbarunya, Back in Action.

Namun, sehingga kini, aktor itu masih merahsiakan sakit misteri yang menjadi punca dia koma.

Menurut Chamber, Kata Foxx, dia mungkin mati sekiranya tidak segera di bawah ke hospital ketika itu.

“Katanya, kalau tidak segera dirawat ketika itu, dia mungkin maut,” kata Chamber lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN