Ada sebab Husni marahkan saya – Najib

Ada sebab Husni marahkan saya – Najib

NAJIB RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa bekas Menteri Kewa­ngan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah mempu­nyai perasaan marah terhadap­nya ekoran beberapa perkara.
Pertama berhubung hasrat bekas Presiden UMNO itu untuk menukar Ahmad Husni ke kementerian lain dan kedua, berkait permintaan anak bekas Ahli Parlimen Tambun itu.
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (MSA): Seingat saya, sewaktu Ahmad Husni datang ke mahkamah memberi keterangan, saya lihat caranya memberi keterangan seperti orang yang marah. Kenapa beliau marahkan awak?
Najib Razak (NR): Saya tidak mahu membuat spekulasi tetapi saya percaya ia disebabkan saya ingin menukarnya ke kementerian lain yang mana ia adalah perkara biasa di kalangan ahli kabinet. Saya juga percaya dia tidak puas hati ke­rana beliau ingin kekal menjadi Menteri Kewangan Kedua.
MSA: Awak nak tukarnya ke mana?
NR: Ada dua pilihan ketika itu. Sama ada Menteri Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri atau Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
MSA: Ada beliau beritahu rasa tidak puas hati berhubung penukaran itu?
NR: Dia datang berjumpa dengan saya membawa surat perletakan jawatan.
Najib turut kecewa mende­ngar keterangan Ahmad Husni di mahkamah.
“Saya sendiri memilihnya untuk menjadi Menteri Kewangan II pada April 2000, satu jawatan yang menggambarkan keyakinan dan kepercayaan saya terhadap­nya. Sewaktu saya menjadi Presi­den UMNO, saya lantik beliau sebagai Bendahari UMNO, satu kedudukan yang turut menggambarkan keyakinan terhadap keupayaan dan integritinya.
“Keputusan-keputusan ini ti­dak dibuat dengan mudah kerana ia berlandaskan kepercayaan bahawa beliau akan setia ber­khidmat untuk negara dan parti.
“Tetapi kini, apabila mende­ngar pelbagai tuduhan daripa­da seseorang yang letakkan ke­percayaan dengan memberikan jawatan sedemikian, adalah sesuatu yang menyakitkan. Amat sukar untuk mentente­ramkan (hati) apabila mende­ngar keterangan daripada Datuk Seri Husni, (seseorang) yang saya pernah letakkan kepercayaan penuh sebelum ini,” ujar Najib.
Najib memberitahu, kete­ra­ngan Ahmad Husni di mah­kamah tidak disokong oleh mana-mana bukti dokumen dan ‘terlepas pandang’ akan tindakannya yang tidak mengemukakan sebarang bantahan berhubung isu berkaitan 1MDB sewaktu mesyuarat Kabinet.
“Berdasarkan dokumen yang dinyahklasifikasi oleh pendakwaan mengikut Akta Rahsia Rasmi, jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Husni (ketika) menyertai mesyuarat (ketika) membincangkan mengenai 1MDB tetapi tidak menyuarakan sebarang bentuk protes atau bantahan,” ujar Najib. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN