51 kes pencerobohan laut dikesan di Terengganu 

51 kes pencerobohan laut dikesan di Terengganu 

Khairulanuar Abd Majid (tengah) menyerahkan bantuan kepada keluarga komuniti maritim melalui Skuad Ihsan Madani KDN di Kuala Besut, Terengganu, hari ini.- Utusan /Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Sebanyak 51 kes pencerobohan  nelayan asing direkodkan di Terengganu sepanjang tempoh Januari hingga November tahun ini. 

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu, Kepten Maritim Khairulanuar Abd. Majid berkata, daripada jumlah itu, 15 buah vesel nelayan Vietnam dirampas dengan anggaran nilai  mencecah RM22.5 juta membabitkan 157 awak-awak termasuk tekong. 

“Berlakunya peningkatan berbanding tahun lalui iaitu 37 kes yang telah kita rekodkan, bagaimanapun jumlah itu masih lagi terkawal.

“Kita juga mengambil inisiatif dari operasi-operasi baharu dengan menguatkuasakan kesalahan-kesalahan lain seperti penyalahgunaan dadah dalam kalangan nelayan dan sebagainya,”katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarha komuniti maritim melalui Skuad Ihsan Madani KDN di Kuala Besut di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN