Vivy, suami tiba di SPRM untuk hari ketiga

Vivy, suami tiba di SPRM untuk hari ketiga

VIVY Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar ketika tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, buat hari ketiga untuk direkod keterangan.

Pasangan suami isteri itu tiba pukul 2.34 petang tadi menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam.

Vivy dan suami hadir ke Ibu Pejabat SPRM sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Ia susulan siasatan membabitkan pasangan terbabit berhubung laporan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.

Vivy dan Fadzaruddin antara sembilan individu yang dirakam percakapan susulan pegawai penyiasat menyerbu empat lokasi termasuk sebuah kementerian, baru-baru ini.

Petang semalam, kediaman milik pasangan suami isteri itu di Mont Kiara, Kuala Lumpur digeledah pegawai SPRM.

Pengeledahan berakhir sekitar pukul 8 malam semalam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000.

Sebelum ini, turut diserbu SPRM adalah Kementerian Kewangan (MoF), Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN