KANGAR: Perlis tidak mempunyai isu atau kes warga Thailand merentasi sempadan secara haram untuk bersekolah di sini. Sebaliknya, di Perlis, hanya terdapat lima pelajar dan murid berasal dari Malaysia tinggal di negara jiran merentasi sempadan Malaysia-Thailand melalui laluan sah setiap hari untuk bersekolah khususnya di sekitar Padang Besar. Pengarah Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, Rose Aza Che Arifin berkata, pelajar dan murid terbabit masing-masing bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang…










