Pontian bersiap sedia hadapi banjir

Pontian bersiap sedia hadapi banjir

Keadaan banjir yang melanda daerah Pontian, Johor pada Oktober lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN : Pejabat Daerah Pontian sudah membuat persiapan awal bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir sebagaimana ramalan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS )

Pegawai Daerah Pontian, Kamalludin Jamal berkata, beberapa kawasan telah dikenal pasti sebagai hotspot banjir berdasarkan kepada kekerapan banjir sebanyak tiga kali keatas dalam tempoh tiga tahun berlaku banjir.

Katanya, berdasarkan kepada mukim-mukim, Mukim Benut mempunyai 15 lokasi hotspot banjir diikuti Mukim Sungai Pinggan (11), Mukim Ayer Baloi(7), Mukim Api-Api (5) dan 7 lokasi bagi Mukim Pontian.

Manakala Mukim Jeram Batu/Pengkalan Raja dengan 3 lokasi hotspot, Mukim Rimba Terjuan (7), Mukim Air Masin ( 4 ) Mukim Sungai Karang (3) dan Mukim Serkat, 4 lokasi hotspot.

“Kita telah meminta Penghulu dan Ketua-ketua Kampung di kawasan hotspot tersebut mengambil langkah berwaspada jika hujan melebihi dua jam supaya memaklumkan kepada penduduk supaya bersiap sedia.

“Begitu juga kepada Ketua Pusat Pemindahan Sementara (PPS ) supaya peka dengan perkembangan semasa dan bersedia untuk membuka PPS pada bila-bila masa,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Baru-baru ini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan ramalan awal banjir melibatkan 10 daerah di Johor susulan hujan yang dijangka berterusan bermula 26 November hingga 29 November ini.

Ramlan banjir daerah Pontian merangkumi Lembangan Sungai Pulai, Lembangan Sungai Pontian Besar, Lembangan Sungai Benut, Lembangan Sungai Sanglang, Lembangan Sungai Penerok, Lembangan Sungai Pontian Kecil dan Lembangan Sungai Ayer Baloi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN