PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Penasihat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) baharu mahu mendengar taklimat daripada ahli lembaga penubuhan badan itu terlebih dahulu sebelum menentukan tindakan seterusnya yang akan diambil. Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, buat masa ini beliau belum bersedia mengulas mengenai langkah reformasi yang bakal dilaksanakan untuk mengatasi masalah tatakelola dalam pertubuhan tersebut. Menurutnya, beliau juga akan mendengar taklimat daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi tujuan reformasi tersebut. “Beri…










