PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak masih ada peluang untuk membebaskan dirinya daripada pertuduhan menyeleweng wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan mengemukakan bukti yang kukuh apabila beliau memberi keterangan bersumpah pada 2 Disember ini. Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman berkata, namun ia bergantung pada bukti yang akan dikemukakan sama ada benar atau sekadar dongeng. “Ini adalah peluang bagi Najib untuk menyampaikan keterangan dan mempertahankan dirinya jika…










