SHAH ALAM: Malaysia akan mula melaksanakan penggunaan petrol Euro 5 pada September 2025 sebagai usaha jangka panjang untuk mempertingkatkan kualiti udara negara. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam(NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pelaksanaan itu dijangka mencapai spesifikasi penuh pada 2027 dan sejajar dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Bahan Api Petrol dan Diesel) 2007. NIK NAZMI NIK AHMAD “Pelaksanaan petrol Euro 5 ini merupakan satu langkah penyelesaian jangka…