Lorong tambahan laluan Sedenak-Kulai siap 2027

Lorong tambahan laluan Sedenak-Kulai siap 2027

AHMAD MASLAN (kanan) melihat kerja-kerja pembinaan lorong tambahan Lebuh Raya Utara Selatan bagi laluan Sedenak-Kulai di Sedenak, Kulai, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Kerja-kerja pembinaan lorong tambahan Lebuh Raya Utara Selatan laluan Sedenak-Kulai dijangka dapat disiapkan mengikut jadual dan masa ditetapkan. 

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerja-kerja bagi Fasa 1 – Pakej A telah dijalankan Julai lalu dan akan berterusan sehingga suku kedua 2025 untuk arah selatan sebelum beralih ke arah utara. 

Katanya, kerja-kerja pembinaan lorong tambahan di lokasi itu dimulakan secara berperingkat dan akan mengambil masa kira-kira 24 bulan dan dijangka siap sepenuhnya pada suku 2027.

“Sejak bermula pembinaan lorong tambahan ini sehingga Jun tahun hadapan, tidak ada sebarang kesukaran dari segi lalu lintas kerana kita tidak tutup sebarang lorong. 

“Namun, bermula Jun, terdapat sedikit kesukaran kerana pengecilan lorong daripada 3.65 meter kepada satu 3.5 meter satu lorong. Bagaimanapun, jumlah dua lorong sedia ada masih dikekalkan,” katanya.

Ahmad Maslan berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja projek pembinaan lorong tambahan Lebuh Raya Utara Selatan laluan Sedenak-Kulai, petang semalam. 

Menurutnya, kerja-kerja pembinaan lorong tambahan bagi Fasa Satu Pakej B iaitu dari Kulai ke Senai Utara dijangka siap Januari 2028.

Ujarnya, Fasa Dua pembinaan iaitu laluan dari Sedenak ke Simpang Renggam dijangka  bermula pada suku kedua tahun hadapan dan diteruskan dari Simpang Renggam ke Machap. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN