JOHOR BAHRU: Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) yakin mampu mengekalkan kedudukan sebagai pelabuhan pengendali kontena ke-15 terbaik dunia yang diraih tahun lalu. Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Rosnan Fathlal berkata, ia berikutan momentum baik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) sepanjang tahun ini yang dijangka mengendalikan sebanyak 10.5 juta kontena seperti tahun lalu. “LPJ mengendalikan tiga pelabuhan, iaitu Pelabuhan Tanjung Langsat (PTL), Pelabuhan Pasir Gudang (PPG) dan PTP yang mencapai kedudukan ke-15 terbaik dunia. “Selain…










