SEREMBAN: Tanaman buah-buahan seperti mangga, durian, dan rambutan antara yang akan dipertimbangkan oleh kerajaan Negeri Sembilan menerusi pelaksanaan Program Touch Point Tanaman Buah-buahan iaitu inisiatif yang diperkenalkan pada pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Sembilan baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, menerusi program berkenaan yang mendapat peruntukan RM500,000 itu, ia memberi tumpuan kepada dua pendekatan iaitu yang pertama menerusi pengedaran benih…










