LUMUT: Peniaga hasil laut ikan bilis mata biru yang terkenal di Lumut mengakui perniagaan mereka terjejas kerana kedatangan pelancong ke pekan itu tidak lagi seramai dahulu. Selain kurang pengunjung, peniaga berkata, jualan secara dalam talian turut menyebabkan pelanggan tidak perlu ke premis perniagaan. Peniaga yang ditemui memberitahu, jualan ketika ini merosot teruk kerana kurang pelanggan pada hari biasa sehinggakan kawasan perniagaan mereka lengang. Kata mereka, pada hari Ahad semasa pelancong…










