Ketua Polis Daerah diarah pantau disiplin anak buah

Ketua Polis Daerah diarah pantau disiplin anak buah

HAMZAH Ahmad (tengah) hadir menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Timur Laut antara Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad (kanan) dan Superintenden Lee Swee Sake (kiri) di IPD Timur Laut, George Town, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Ketua-Ketua Polis Daerah di negeri ini diingatkan agar sentiasa memantau ‘anak buah’ masing-masing untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan dadah.

Sehubungan itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, beliau sudah uar-uarkan bahawa tidak ada tolak ansur dalam isu tersebut. 

“Ketua-Ketua Polis Daerah perlu memantau anak-anak buah mereka agar tidak bersekongkol dengan sindiket atau terlibat dengan dadah,” katanya pada majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Timur Laut dan Pengerusi Perkep Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini, hari ini.

Terdapat enam kes dadah melibatkan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada tahun ini. 

Menurut Hamzah, beliau memandang serius isu-isu disiplin, dadah serta salah laku membabitkan anggota serta pegawai polis kerana tidak mahu mereka terlibat dengan sebarang perkara atau isu yang boleh mengundang masalah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut yang baharu, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, usaha pencegahan jenayah di Timur Laut memerlukan kerjasama dan sokongan daripada masyarakat.

“Kita tidak boleh jalankan pencegahan jenayah menerusi polis sahaja. Masyarakat juga perlu bekerjasama dan menyokong usaha mencegah jenayah di kawasan Timur Laut,” katanya yang sebelum ini Ketua Polis Daerah Besut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN