Kerajaan terima nota hasrat Selangor urus sisa pepejal

Kerajaan terima nota hasrat Selangor urus sisa pepejal

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerima nota hasrat daripada Kerajaan Negeri Sela­ngor bagi meratifikasi Akta Pe­ngurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, perbincangan bagi penerimaan Akta 672 itu oleh Kerajaan Negeri Selangor sedang berjalan dan perkemba­ngannya akan dimaklumkan kemudian.

“Ada perbincangan, memang kita sudah terima nota hasrat daripada Kerajaan Negeri Sela­ngor dan KPKT sedang membuat kajian yang rapi supaya dapat maklumat terperinci, buat penelitian wajar dan sebagai­nya. Itu akan diumumkan dalam masa yang sesuai.

“Memang ada terma-terma khusus mengikut Akta 672, yang penting kualiti perkhidmatan. Kualiti perkhidmatan sisa pe­pejal adalah wajib dipertingkat mengikut peruntukan dalam (perjanjian) konsesi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada Jumaat lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2025 yang berjumlah RM3 bilion memaklumkan, kerajaan negeri bersetuju secara prinsip untuk membuka ruang kepada Kerajaan Persekutuan berkenaan pengurusan sisa pepejal.

Beliau berkata, perkara tersebut turut disokong pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri dan anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat dalam pengurusan sisa pe­pejal termasuk sisa kepada tenaga (WTE) seperti Worldwide ­Holdings Berhad (Worldwide) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

“Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT) dan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat di dalam bidang ini seperti KDEB dan Worldwide sedang bekerjasama bagi mencari keputusan optimum berkaitan usaha baharu ini.

“Worldwide dan anak-anak syarikat lain milik Kerajaan Ne­geri Selangor yang terlibat dalam rantaian pengurusan sisa di ne­geri ini akan terus bekerjasama dalam menyokong aspirasi kerajaan negeri dalam proses penerimaan Akta 672 bagi memastikan kepentingan rakyat Selangor terus terjamin melalui operasi pengurusan sisa yang cekap dan mampan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN