PUTRAJAYA: Beli minyak masak bersubsidi dengan harga RM2.50 sepeket, kemudian dicampur dengan minyak masak terpakai dan dijual semula antara RM3 hingga RM3.80 sekilogram. Itu modus operandi satu sindiket yang membeli minyak masak peket bersubsidi daripada syarikat pembungkus, kemudian dicampur dengan minyak masak terpakai sebelum dijual pada harga lebih tinggi di pasaran. Taktik itu akhirnya berjaya dikesan pihak berkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi serbuan Op…