Isu Laut China Selatan: Muhyiddin dakwa kerajaan tidak tegas

Isu Laut China Selatan: Muhyiddin dakwa kerajaan tidak tegas

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan didakwa tidak tegas dan hambar dalam menangani isu membabitkan Laut China Selatan.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, respons kerajaan terhadap ugutan pengawal pantai China yang menceroboh wilayah perairan Malaysia dilihat hambar.

Menurut beliau, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Menteri Pertahanan (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) tidak tegas dalam mempertahankan kedaulatan wilayah negara.

“Ketika tentera laut negara kita sedang berhadapan dengan provokasi China di perairan negara, tentera laut negara China disambut meriah di Pulau Pinang. Apa perasaan kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka dan berdaulat? Di mana maruah kita? Di mana kehormatan kita?

“Mesej apa yang hendak disampaikan oleh kerajaan Malaysia kepada negara China? Ini bukan suatu perkara yang remeh. Ini maruah negara yang mesti kita pertahankan,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Bersatu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, hari ini.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri itu berkata, pemimpin kerajaan berdolak-dalih mengenai pergelutan geopolitik dan perlumbaan kuasa di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik.

Malah, katanya, perkara itu turut berlaku apabila mengeluarkan kenyetaan mengenai jenayah genosid Israel di Palestin hingga mewujudkan pesepsi bahawa Malaysia sudah menjadi proksi kepada kuasa besar tertentu.

“Tidak pernah terjadi sebelum ini Perdana Menteri Malaysia mengakui hak Israel untuk wujud dan mempertahankan dirinya.

“Adakah sebuah negara penjajah yang melakukan genosid ke atas penduduk pribumi berhak untuk wujud? Adakah Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan campuran Pakatan Harapan telah mengubah dasar luarnya mengenai Palestin?” soalnya.

Beliau berkata, dasar luar Malaysia mengenai Palestin tidak pernah berubah dan terus konsisten.

“Malaysia tidak pernah mengiktiraf kewujudan Israel. Maka, kenyataan Perdana Menteri mengenai hak Israel untuk wujud dan mempertahankan diri mesti ditarik balik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN