SUNGAI SIPUT: Seorang penduduk kampung di Felda Lasah dekat sini hidup tidak tenteram kerana rumahnya berisiko dihanyutkan sungai akibat hakisan tanah. Rumah yang diduduki Hamdan Ibrahim, 53, di Kampung Pelador kini seakan sudah berada di tebing Sungai Pelus akibat hakisan tanah yang berlaku sejak beberapa tahun. Semasa tinjuan Utusan Malaysia, jarak rumahnya dengan sungai tidak sampai 15 meter dan keadaan itu merisaukan dirinya yang tinggal bersama keluarga. “Hakisan berlaku setiap…










