KUALA LUMPUR: Kes buli dengan menekap seterika pada badan melibatkan pegawai kadet laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman tujuh tahun lalu berulang lagi dan kali ini melibatkan pelajar tahun dua. Pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) UPNM, Sungai Besi di sini itu dipercayai menjadi mangsa buli pelajar senior. Pegawai jurusan kejuruteraan itu difahamkan didera menggunakan seterika yang ditekap pada dadanya sehingga meninggalkan kesan lecur. Kejadian itu terbongkar…