Bil TNB tertunggak lebih RM1 bilion

Bil TNB tertunggak lebih RM1 bilion

AKMAL NASRULLAH MOHD. NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Amaun tunggakan bil elektrik di seluruh negara setakat September lalu berjumlah RM1,008,771,447.78 berbanding RM945,435,794.07 yang direkodkan sepanjang tahun 2023.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, setakat September lalu, pengguna di Selangor merekodkan jumlah tertinggi, diikuti Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Terengganu.

Menurut beliau, sebanyak 464,076 akaun telah dipotong pada tahun 2023 dan jumlah itu meningkat kepada 627,491 akaun dalam sembilan bulan tahun ini.

“Kemungkinan sebab-sebab kelewatan pembayaran adalah kekangan kewangan, sikap tidak bertanggungjawab di mana kebanyakan nama pengguna berdaftar bukan pemilik premis dan sikap bayar TNB terakhir (pay TNB last),” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang meminta menyatakan jumlah kes pemotongan bekalan elektrik oleh TNB akibat kegagalan membayar bil elektrik dan jumlah tunggakan terlibat mengikut negeri dan ka­tegori pengguna bagi tahun 2023 hingga September 2024.

Menurut Akmal secara kese­luruhan, jumlah pengguna TNB adalah seramai 10.4 juta orang meliputi 8.5 juta pengguna domestik dan 1.9 juta pengguna bukan domestik.

Berdasarkan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990, TNB boleh mengambil tindakan untuk mendapatkan semula jumlah tertunggak melalui peringatan, perbincangan dengan pengguna.

Sekiranya tiada penyelesaian, pemotongan bekalan elektrik terpaksa dilaksanakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN