UPM sedia bantuan khas pelajar B40

UPM sedia bantuan khas pelajar B40

MOHAMMAD Daniel Zainal Abidin menerima bantuan kewangan dan komputer riba daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) menyediakan peruntukan khas bagi membantu meringankan pelajar baharunya dalam kumpulan B40 dari segi pembayaran yuran dan keperluan kolej semasa menuntut di universiti itu.

Naib Canselor UPM, Datuk Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata, inisiatif itu adalah bagi memastikan ­tiada pelajar yang tercicir akibat masalah kewangan.

“Data telah diperoleh daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk mengenal pasti dan me­ngumpulkan pelajar B40 untuk disalurkan bantuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“UPM menyediakan peruntukan khas melalui Pusat Pe­ngurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN),” katanya dalam sidang akhbar pendaftaran pelajar baharu, di sini.

Seramai 4,214 pelajar baharu daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan B40 mendaftar di UPM untuk sesi akademik 2024/2025.

Sementara itu, seorang pelajar Kejuruteraan Awam, Mohammad Daniel Zainal Abidin, 19, berkata, dia menerima bantuan awal pengajian kerana bapa­nya menghidap strok dan tidak lagi mampu bekerja.

Bantuan itu membolehkan lepasan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.96 itu me­nyambung pengajian.

“Syukur dengan bantuan diberikan. Saya mahu menjadikan pengorbanan ibu bapa saya terutama setelah ayah jatuh saki sebagai motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh dan membantu keluarga,” katanya ketika ditemui. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×