Pegawai penyelia perlu peka perubahan tingkah laku, psikologi anggota

Pegawai penyelia perlu peka perubahan tingkah laku, psikologi anggota

PEGAWAI penyelia disarankan perlu lebih peka dan prihatin terhadap sebarang perubahan tingkah laku dan psikologi yang dialami oleh anggota masing-masing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pegawai penyelia disarankan perlu lebih peka dan prihatin terhadap sebarang perubahan tingkah laku dan psikologi yang dialami oleh anggota masing-masing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesihatan mental amat subjektif, luas dan merangkumi pelbagai aspek yang boleh membabitkan sesiapa sahaja.

Menurutnya, kenyataan prejudis bahawa hanya yang ‘sakit mental’ sahaja perlu berjumpa kaunselor harus dikikis.

“Realitinya, pengurusan kaunseling yang berkesan mampu membantu seseorang pegawai daripada terjerumus dalam pelbagai masalah peribadi, kerjaya, keluarga dan hubungan interpersonal.

“Di samping itu juga, ia dapat membantu pegawai meningkatkan pembangunan diri mereka bagi mencapai tahap kefungsian psikologi yang tinggi,seterusnya penghasilan kerja yang produktif dan berkualiti,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Bukit Aman, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh pasukan harus dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan bersama.

Razarudin berkata, seperti semua sedia maklum, kerjaya sebagai seorang pegawai polis antara kerjaya yang sangat mencabar dan memerlukan kekuatan fizikal, mental dan emosi.

“Kerjaya ini juga amat mulia di sisi agama kerana pengorbanan yang dilakukan demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

“Bertepatan dengan sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan pada bulan ini, dengan tema “Tekad Empati Sejahtera Insan” ia adalah platform untuk mempromosikan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan mental.

“Lebih-lebih lagi berikutan perubahan landskap dan prestasi kesejahteraan masyarakat yang terdedah serta terkesan akibat globalisasi dan juga ledakan teknologi,” jelasnya.

Beliau berkata, sambutan itu dipilih pada bulan imi adalah selaras dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN