PATI sanggup terjun flat elak ditangkap

PATI sanggup terjun flat elak ditangkap

SEBAHAGIAN daripada PATI yang ditahan Imigresen dalam operasi bersepadu di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa di sebuah flat di bandar raya ini, ada pendatang asing tanpa izin (PATI) cuba melarikan diri melalui tingkap untuk terjun ke bawah.

Bagaimanapun, tindakan mereka gagal berikutan kawasan tersebut sudah dikepung.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di beberapa lokasi di daerah ini, Marang dan Kuala Nerus, semalam.

Timbalan Pengarah Imigresen Terengganu (Kawalan), Mat Amin Hassan berkata, PATI yang ditahan ialah 10 warga Bangladesh dan Myanmar, tujuh warga Pakistan dan Indonesia serta seorang warga India.

Menurutnya, kesemua mereka didapati melanggar Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, iaitu tiada dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(c) akta sama iaitu tinggal lebih masa.

Katanya, seramai 35 orang yang ditahan itu berusia antara 15 hingga 53 tahun dan telah dihantar ke Depot Imigresen Ajil, Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.

“Operasi bersepadu bermula pukul 9 malam sehingga 6 pagi ini turut disertai pegawai penguat kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

“Serbuan dilakukan di sebuah flat di bandar raya Kuala Terengganu selain beberapa rumah kongsi pekerja tapak pembinaan di Marang dan Kuala Nerus dengan 218 orang warga asing diperiksa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Mat Amin menjelaskan, dua individu warga tempatan turut diberikan notis hadir ke Pejabat JIM Terengganu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya