Padah maki hamun polis, lelaki warga asing ditahan

Padah maki hamun polis, lelaki warga asing ditahan

TANGKAP layar satu rakaman video yang tular di aplikasi TikTok seorang lelaki warga asing memaki hamun polis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lelaki warga Myanmar yang mengeluarkan kata-kata kesat di aplikasi TikTok tular sejak semalam ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pengadu yang juga seorang anggota polis telah melayari aplikasi tersebut dan terlihat satu video memaparkan seorang lelaki warga asing memaki hamun polis.

“Sepasukan anggota polis dari Balai Polis Pandan Indah telah ke kawasan Jalan Pandan 2/3 Pandan Jaya, Ampang dan menahan lelaki tersebut pada 28 Oktober 2024, pukul 7 malam.

“Hasil ujian awal saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamin,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Jelas Mohd. Azam, permohonan tahanan reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari bermula 29 Oktober sehingga 1 November 2024.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

“Selain itu, suspek juga ditahan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan pada pihak polis ketika tangkapan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang polis melakukan tugas, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia kerana menyebarkan maklumat palsu dan Seksyen 24 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Tambahnya, suspek boleh dikenakan pelbagai hukuman jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

“Seksyen 186 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Menurutnya, tambahan jika dia disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM100 di bawah Seksyen 24 Akta Kesalahan Kecil 1955. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN