N. Sembilan wajibkan hotel miliki pasukan penyelamat di air

N. Sembilan wajibkan hotel miliki pasukan penyelamat di air

NICOLE Tan Lee Koon bersama Haziz ketika melihat peserta yang menjalani latihan pada Program Latihan Water Confidence dan Teknik Penyelamatan di Air Bagi Kakitangan Jabatan Keselamatan dan Rekreasi Hotel/Resort Negeri Sembilan di Port Dickson hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Semua pengusaha hotel yang mempunyai kemudahan kolam renang serta kawasan pantai di negeri ini, diwajibkan mempunyai pasukan penyelamat di air bermula tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, langkah itu merupakan sebahagian persediaan bagi Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 (TMNS 2026) selain bagi m0enambah keyakinan pengunjung.

“Kerajaan negeri menyahut saranan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya supaya semua negeri menjalankan kursus keselamatan di air.

“Kursus dikendalikan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak hotel supaya kakitangan mereka terdiri daripada keselamatan, pelayan atau mana-mana yang dikenal pasti mempunyai latihan dan kemahiran diperlukan dan memperoleh sijil dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” katanya kepada pemberita pada Program Latihan Water Confidence dan Teknik Penyelamatan di Air Bagi Kakitangan Jabatan Keselamatan dan Rekreasi Hotel/Resort Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hotel-hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan berkata, sehingga kini sebanyak 90 peratus hotel yang memiliki kemudahan kolam renang serta pantai berdaftar dengan persatuan telah memiliki sijil tersebut.

Beliau mengalu-alukan pengusaha hotel yang tidak berdaftar di bawah MAH untuk turut sama menyertai kursus berkenaan bagi meningkatkan kemahiran menyelamat di kolam renang atau pantai dan memperbaharui sijil mereka setiap tahun.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN