MRR ke-267 bermula esok

Mesyuarat Raja-Raja ke-267 bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-267 akan berlangsung dua hari bermula esok.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,  Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat MRR Ke-267 di Istana Negara, hari ini.

Mengiringi Seri Paduka ialah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

MRR Ke-267 akan dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN