IPOH: Jumlah mangsa banjir yang melanda lima daerah di Perak terus meningkat kepada 1,602 pagi ini.
Jumlah itu meningkat berbanding 1,605 malam tadi.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan, semua mangsa kini ditempatkan di 10 buah pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurutnya, Kuala Kangsar masih mencatat mangsa banjir paling tinggi seramai 720 orang yang ditempatkan di tiga PPS.
Katanya, Daerah Muallim seramai 529 mangsa yang ditempatkan di tiga PPS manakala 224 mangsa banjir di Hulu Perak di dua PPS.
“Kerian mencatat 104 mangsa yang ditempatkan di dua PPS dan manakala Hilir Perak 38 mangsa di satu PPS,” katanya. – UTUSAN