MABMI mahu jalin kerjasama erat dengan SAABM, perkukuh budaya Melayu

MABMI mahu jalin kerjasama erat dengan SAABM, perkukuh budaya Melayu

ISMAIL Sabri Yaakob (empat dari kiri) ketika pertemuan bersama perwakilan Majelis Adat Budaya Melayu Indonesia (MABMI) di Kuala Lumpur, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majelis Adat Budaya Melayu Indonesia (MABMI) berhasrat bekerjasama lebih erat dengan Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAABM) bagi mengukuhkan kedudukan budaya bangsa Melayu.

MABMI menyampaikan hajat itu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Pengasas dan Penaung SAABM dalam pertemuan di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Umum Pengurus Besar MABMI, Prof Dr. OK Saidin SH berkata, pihaknya memandang tinggi usaha yang digerakkan oleh Ismail Sabri sewaktu mengetuai pentadbiran Kerajaan Keluarga Malaysia sehingga hari ini.

“Kami melihat beliau sebagai seorang pejuang bahasa Melayu.

“Telah banyak usaha yang dilaksanakan oleh beliau, seperti penggunaan bahasa Melayu sewaktu berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sesi Ke-77 pada 24 September 2022. Perkara tersebut adalah satu sejarah yang membanggakan buat orang Melayu,” katanya di sini hari ini .

OK Saidin mengetuai delegasi MABMI melakukan kunjungan hormat kepada Ismail Sabri bagi menyatakan hasrat dan jemputan mereka.

MABMI adalah lembaga sosiokultural bagi menghimpunkan masyarakat Melayu Indonesia, yang bermatlamat memelihara dan mengembangkan adat serta kebudayaan Melayu bagi masyarakat pendukungnya.

Dalam pertemuan ini, Ismail Sabri turut menghargai usaha MABMI yang ditubuhkan sejak tahun 1971 di Sumatera Utara.

Menurut Ismail Sabri, MABMI telah memainkan peranan yang sangat penting dalam melestarikan budaya Melayu terutama di Medan, Indonesia.

“Usaha mereka ini tidak tertumpu kepada memperkasa budaya Melayu sahaja, malah  merentasi aspek ekonomi dan pendidikan,” katanya.

Ismail Sabri turut berkongsi aspirasi yang sama dengan MABMI seperti usaha pemerkasaan bahasa Melayu yang kian terpinggir dalam masyarakat hari ini.

Dalam pertemuan malam tadi, delegasi MABMI terdiri daripada OK Saidin; Ketua Pengurus Besar, Asro Kamal Rokan, Datuk Adil Fredy Haberham, Azrin Naim dan Pengurus Besar, Faris Saleh Bashel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya