Kebajikan, keselamatan pelajar Malaysia di Timur Tengah sentiasa dijaga

Kebajikan, keselamatan pelajar Malaysia di Timur Tengah sentiasa dijaga

ZAMBRY Abdul Kadir beramah mesra dengan mahasiswa selepas majlis peluncuran platform MySiswaPlace di KPT, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan kebajikan para pelajar Malaysia yang berada di Timur Tengah akan sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pada masa sama, kerajaan juga akan memantau keselamatan rakyat Malaysia khususnya pelajar di sana menerusi kerjasama dengan Kerajaan Jordan dan Mesir.

“Kerajaan Malaysia (akan) sentiasa bekerjasama dengan pihak Kerajaan Jordan termasuk Kerajaan Mesir untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia khususnya pelajar dijaga sana,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Portal MySiswaPlace di sini hari ini.

Terdahulu, Zambry meluangkan masa kira-kira sejam pada sesi dialog bersama pelajar-pelajar baharu yang akan melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah menerusi Program Karisma Antarabangsa Siswa Madani 2024 anjuran Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi (BPPT) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Program bertemakan ‘Mahasiswa Madani: Cendekiawan Rabbani’ itu turut memberi pendedahan serta persediaan kepada pelajar mengenai semangat patriotisme, disiplin dan integriti melalui taklimat kenegaraan.

Dalam perkembangan berlainan, Zambry memaklumkan bahawa prosiding daripada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) akan dibukukan serta diterbitkan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan.

“FIM ini cetusan idea daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai platform yang sangat baik bagi membolehkan Perdana Menteri berinteraksi secara terus dengan golongan intelektual, teknokrat dan mereka yang terlibat dalam proses membuat dasar,” katanya.

FIM Siri 1 telah diadakan pada 25 September lepas yang membincangkan tema mengenai ‘Mencorak Peralihan Tenaga Yang Mampan Untuk Masa Depan Negara Yang Sejahtera’, manakala Siri 2 yang berlangsung semalam, membincangkan mengenai ‘Peralihan Tenaga Untuk Pertumbuhan Sosioekonomi Mampan dan Inklusif’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya