SEREMBAN: Kes kanser payudara dalam kalangan wanita berusia 40 tahun semakin membimbangkan dengan 38.9 kes bagi setiap 100,000 populasi wanita. Menurut Laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia 2017-2021, sebanyak 50.5 peratus daripada kes kanser payudara telah dikesan pada tahap tiga dan empat. Timbalan Pengarah (Perubatan) Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. S. Vignesvari berkata, justeru keadaan itu semakin membimbangkan berikutan trend penghidap kanser payudara juga sudah berubah. Malah katanya, turut membimbangkan…