Jangan pernah putus harapan - Yana Najib

Jangan pernah putus harapan – Yana Najib

Hantaran Instastory Nooryana Najib, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anak Datuk Seri Najib Abdul Razak, Nooryana Najwa, menyampaikan kata-kata semangat menerusi platform media sosial sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan supaya bekas Perdana Menteri itu perlu membela diri atas 25 pertuduhan.

Nooryana Najwa dalam hantaran di Instagram menyatakan bahawa ahli keluarga akan terus bersama Najib sepanjang kes itu diadili sehingga tahun hadapan.

“Jangan pernah putus harapan. Ribut menjadikan seseorang lebih kuat dan (ia) tidak akan kekal selama-lamanya,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan bahawa Najib akan memberi keterangan bela diri atas 25 pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM2.3 bilion 1MDB bermula 2 Disember ini.

Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memerintahkan bekas Ahli Parlimen Pekan membela diri atas kesemua pertuduhan itu.

Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, Kuala Lumpur di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014, manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Bekas menteri kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Bagi 21 pertuduhan peng­ubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya