KUANTAN : Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan rakan industri dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di antara UMPSA bersama Alps Electric (M) Sdn. Bhd di Pekan dekat sini baru-baru ini. Dalam majlis tersebut, Naib Canselor UMPSA, Profesor Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin dan Pengarah Urusan, Alps Electric Sdn Bhd, Mr. Wataru Tezuka menandatangani MoU tersebut dalam majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet UMPSA Pekan. Hadir sama…