Tiada kes Mpox di Malaysia

Tiada kes cacar monyet atau Mpox dikesan di negara ini

DR. DZULKEFLY Ahmad (dua dari kiri) menyampaikan Sijil Penghargaan Bess semasa Majlis Walkbout Premis Bersih, Bebas Asap di Jalan Dhobi, Johor Bahru, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiada kes cacar monyet atau Mpox dikesan di negara ini setakat ini selepas kesemua 46 kes yang sebelum ini disyaki sebagai virus berkenaan disahkan negatif.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, berikutan itu, Malaysia masih mengekalkan rekod sembilan kes Mpox yang dikesan pada akhir tahun lepas.

Kata beliau, Kementerian Ke­sihatan (KKM) telah melakukan saringan terhadap 5.2 juta pengembara di kesemua pintu masuk antarabangsa negara.

“Daripada jumlah pengembara yang kita saring itu, kita syak 46 daripadanya menghidap mpox, namun setelah ujian lebih teliti dibuat, kesemuanya negatif,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap di Jalan Dhoby, di sini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Norhayati Rusli; Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Mohtar Pungut dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon.

Dr. Dzulkefly berkata, walau­pun virus itu adalah satu isu kesihatan awam tetapi ia berbeza berbanding pandemik Covid-19 sebelum ini yang melibatkan perintah kawalan pergerakan, kua­rantin dan sebagainya.

“Jangan bimbang tidak akan ada kawalan pergerakan akibat mpox ini. Namun, kita tetap memandang penyakit ini dan telah mengambil langkah pencegahan proaktif bagi memastikan ia tidak merebak dalam kalangan rakyat,’’ katanya.

Beliau memberi jaminan KKM tidak akan cuai atau berlengah-lengah dalam mengendalikan­nya tetapi dalam masa sama, KKM tidak mahu orang digemparkan sehingga yang boleh menggusarkan keadaan.

“Sehubungan itu, kita akan terus melakukan pemantauan tahap kesihatan terhadap pengembara yang memasuki negara ini di kesemua pintu masuk,” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya pro­sedur berkenaan tidak akan menjejaskan aliran pergerakan pengembara termasuklah di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini yang merupakan sempadan antarabangsa tersibuk dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN