JOHOR BAHRU: Tiada kes cacar monyet atau Mpox dikesan di negara ini setakat ini selepas kesemua 46 kes yang sebelum ini disyaki sebagai virus berkenaan disahkan negatif. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, berikutan itu, Malaysia masih mengekalkan rekod sembilan kes Mpox yang dikesan pada akhir tahun lepas. Kata beliau, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melakukan saringan terhadap 5.2 juta pengembara di kesemua pintu masuk antarabangsa negara. “Daripada jumlah…