ARAU: Pembentukan syarikat SG4 Group Sdn. Bhd. (SG4) membabitkan empat negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) berkemungkinan boleh membawa implikasi politik yang signifikan, terutama dalam isu membabitkan royalti minyak dan gas. Negeri-negeri yang mempunyai sumber berkenaan berkemungkinan akan menuntut bahagian royalti yang lebih tinggi daripada hasil eksplorasi minyak dan gas di wilayah mereka. Pensyarah kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perlis, Dr. Shamshul Anaz Kassim berkata, hal demikian berpotensi mencetuskan ketegangan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan serta Petronas. Katanya, dalam hal tersebut, Petronas juga perlu memastikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya