Pulau Pinang dilanda banjir kilat

Pulau Pinang dilanda banjir kilat

AIR naik secara mendadak ekoran hujan lebat selama dua jam mengundang kepada kejadian banjir kilat di beberapa lokasi di Pulau Pinang, hari ini.-GAMBAR/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Beberapa kawasan di Bayan Lepas, Bayan Baru, Farlim dan lain-lain lokasi di negeri ini termasuk di Seberang Perai dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang melanda lebih dua jam petang ini.

Difahamkan, antara kawasan yang terjejas di Bayan Baru adalah di Jalan Mahsuri, Jalan Mayang Pasir dan kawasan berhampiran Pasaraya Sunshine Square.

Selain faktor hujan lebat yang turun berterusan, keadaan air laut yang pasang ketika ini dikatakan turut menjadi punca berlakunya banjir kilat hari ini.

Dalam pada itu, orang ramai khususnya netizen di Facebook meluahkan rasa kecewa mereka kerana masalah banjir kilat kerap berlaku di kawasan Bayan Lepas dan Bayan Baru.

Seorang pengguna Facebook, Angela Devi berkata, hujan lebat baru sahaja turun selama dua jam, namun, banjir telah melanda.

Katanya, keadaan itu berlaku disebabkan oleh saluran perparitan yang tersumbat sehingga mengakibatkan kawasan yang tidak pernah dinaiki air turut dilanda banjir kilat hari ini.

Seorang lagi pengguna Facebook, Hasrol Hashim berkata, banjir kilat itu berpunca daripada pembangunan yang terlalu pesat di Pulau Pinang.

“Buat bangunan banyak, longkang masih di tahap yang sama. Longkang perlu diperbesar dan diperdalam,” katanya.

Sementara itu, antara kawasan yang terjejas akibat banjir kilat di Seberang Perai termasuk Bertam di Kepala Batas dan beberapa lokasi Tasek Gelugor.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya