PRK Rembia: UMNO Alor Gajah sudah bersedia

PRK Rembia: UMNO Alor Gajah sudah bersedia

FAIRUL NIZAM ROSLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: UMNO Bahagian Alor Gajah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia yang akan dimaklumkan pada Sidang DUN akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Fairul Nizam Ros­lan bagaimanapun enggan mengulas lanjut persediaan yang dimaksudkan beliau.

Katanya, sebarang maklum balas mengenai status kerusi berkenaan lebih sesuai dijawab oleh Yang Dipertua DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum.

“Saya rasa elok (sebaiknya) Yang Dipertua DUN yang res­pons. Bagi pihak saya, kami bersedia apa juga kemungkinan yang berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan penganalisis politik bahawa, Barisan Nasional (BN) disaran mengekalkan status quo kerusi DUN Rembia berikutan pilihan raya kecil (PRK) hanya dilihat membazir masa dan wang jika diadakan.

Penganalisis politik, Dr. Azmi Hassan berkata, ini kerana DUN Melaka akan dibubarkan dua tahun lagi.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, PRK DUN Rembia tidak perlu diadakan sekiranya Yang Dipertua DUN Melaka memilih untuk me­ngumumkan kekosongan ter­sebut pada sidang akan datang.

Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan PRK tidak perlu diadakan jika tempoh pembubaran DUN berbaki dua tahun lagi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×