Peruntukan pembangkang: Kerajaan tunggu pendirian rasmi PN Peruntukan pembangkang: Kerajaan tunggu pendirian rasmi PN

Peruntukan pembangkang: Kerajaan tunggu pendirian rasmi PN

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) perlu menyatakan pendirian rasmi kepada kerajaan berhubung perkara tidak dipersetujui dalam draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada ahli parlimen.

Timbalan Perdana Menteri,  Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, MoU berkenaan merupakan draf, namun gabungan itu tidak menyatakan cadangan balas bagi pertimbangan untuk dibawa kepada perundingan.

Katanya, beliau yang mengetuai rundingan itu hanya mengetahui PN sebulat suara menolak draf itu hari ini melalui media.

“Tapi apa pun saya menghormati pandangan mereka dan saya menunggu secara hitam putih daripada mereka secara bersurat.

“Bila dah ada nanti saya akan bawa ke peringkat Jawatankuasa Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan dan kita akan bincang semula sama ada akan terus berunding atau pun adakah ini muktamad pada pihak pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas hadir majlis di Betong, Sarawak.

Beliau merujuk pendirian PN yang sebulat surat menolak MoU peruntukan kepada ahli parlimen kerana mendakwa melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, antara empat sebab fundamental PN menolak kerana MoU tersebut kerana menyifatkan kandungannya bertentangan dengan nilai budaya, moral dan agama.

Katanya, selain itu, MoU berkenaan boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan.

Menurut Fadillah, Jawatankuasa Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan akan membuat keputusan selepas menilai alasan penolakan yang diberikan PN itu.

“Kita nak menilai apa saja pandangan mereka sama ada kita nak kekalkan atau apa sajalah. Saya serahkan keputusan itu dalam jawatankuasa nanti.

“Saya harap akan ada jawapan rasmi daripada mereka sama ada cadangan balas atau apa sebenarnya pendirian mereka. Perundingan ini perlu dibuat secara rasmi sebab saya menghantar surat secara rasmi,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN