SEREMBAN: Siapa sangka sekumpulan banduan yang menghuni Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin, di sini menawarkan khidmat urutan kaki sejak setahun lalu. Lebih menarik, khidmat urutan kaki yang ditawarkan dengan harga serendah RM20 bagi setiap sesi yang mengambil masa 40 minit itu turut mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk berhampiran. Salah seorang banduan yang hanya ingin dikenali sebagai Samad, 30-an, berkata, sebelum menjadi seorang daripada 10 prospek yang menawarkan khidmat tersebut, dia…