SEREMBAN: Sebuah pusat jagaan dan rumah kebajikan anak yatim dan fakir miskin di Rasah Kemayan, Seremban 2 di sini difahamkan antara yang diserbu polis pagi tadi berkaitan siasatan eksploitasi agama dan kanak-kanak. Seorang penduduk di kawasan itu yang enggan dikenali memberitahu, dia terkejut apabila mendapati ramai anggota polis berada di pusat jagaan berkenaan, pagi tadi. “Ia dalam pukul 7 hingga 8 pagi, ramai anggota polis di situ, saya tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. “Kemudian saya lihat anggota polis membawa sekumpulan kanak-kanak kebanyakannya perempuan dan mungkin juga ada orang dewasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya