Pelajar perempuan hilang dari asrama ditemukan selamat - Utusan Malaysia

Pelajar perempuan hilang dari asrama ditemukan selamat

FATIN DARYNN ERISHA AZMIRUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dari sebuah sekolah berasrama penuh di sini, yang dilaporkan menghilangkan diri dari asrama sekolahnya pada Sabtu lalu, ditemukan selamat, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, pelajar tersebut, Fatin Darynn Erisha Azmirudin, 16, ditemukan oleh ahli keluarganya sendiri melalui kenalan.

Beliau berkata, pelajar terbabit ditemukan pada pukul 2 petang, sebelum keluarganya menyerahkannya kepada polis untuk siasatan.

“Kes dianggap selesai dan pihaknya berterima kasih kepada orang ramai yang peka dengan kejadian ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, Zainul Mujahidin tidak mendedahkan maklumat lokasi pelajar tersebut ditemukan keluarganya kerana masih dalam siasatan.

Media semalam melaporkan, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dari sebuah sekolah berasrama penuh di sini dilaporkan hilang setelah dipercayai menghilangkan diri dari asrama sekolah itu pada Sabtu lalu.

Zainul Mujahidin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan pelajar terlibat, pada pukul 7.20 malam semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN