WARONG Ketok Ketampi. Nama yang agak unik bagi sebuah restoran suasana klasik yang terletak di tengah-tengah pusat bandar George Town yang sedang pesat membangun di Pulau Pinang. Lokasinya agak tersorok, namun, bagi yang pernah berkunjung ke sini, suasananya agak mendamaikan dengan persekitaran ala retro dan klasik. Di bahagian luar kedai, deretan kereta Volkswagen lama dan beberapa buah motosikal Vespa era 70-an dan 80-an dibiarkan ‘tersadai’ untuk membangkitkan suasana itu sekali…