'Lebih baik Pemuda Pas minta kemudi PN letak jawatan'

‘Lebih baik Pemuda Pas minta kemudi PN letak jawatan’

lompat parti
MOHD. RAZLAN RAFII
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemuda Pas tidak perlu membuat gesaan sebulat suara menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan dengan membentangkan empat sebab yang hanya bersifat politik.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii berkata, Perdana Menteri bersama jemaah Menteri sedang melaksanakan amanah dan tanggungjawab memacu negara ke satu keadaan ekonomi yang lebih stabil dan berdaya saing.

Kata beliau, Pemuda Pas wajar merenung kembali ketika zaman pemerintahan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini yang turut dianggotai Pas amat cacamarba dengan Dewan Rakyat diisytiharkan darurat ‘politik’ ; tidak dibenarkan bersidang mahupun meluluskan sebarang peruntukan tertentu ketika pandemik Covid-19.

“Seharusnya hari ini, pemimpin Pas semakin menunjukkan sifat matang memimpin anak-anak muda di dalam parti mereka. Politik ugut mengugut sekiranya permintaan tidak dipenuhi, wajar ditolak oleh rakyat.

“Mentaliti sebagai pembangkang juga harus berubah seiring dengan peredaran zaman. Tidak semestinya setiap penolakan permintaan harus diakhiri dengan demontrasi di atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pas semalam meluluskan usul bagi mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatannya atau diturunkan dengan kadar segera yang antara lain bertujuan menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Menurut Pemuda Pas, negara perlu memiliki kepimpinan baharu yang benar-benar kompeten serta mempunyai akauntabiliti untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Razlan berkata, mungkin sudah tiba masanya Pemuda Pas meminta kemudi PN yang terpalit dengan Projek Janawibawa untuk meletak jawatan dan ditukar dengan Presiden Pas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×