KUSKOP sasar 41% sumbangan PMKS kepada KDNK tahun ini

KUSKOP sasar 41% sumbangan PMKS kepada KDNK tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mensasarkan 41 peratus sumbangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, ia susulan prestasi sektor itu yang mencatatkan 39.1 peratus dengan jumlah RM613.1 bilion pada tahun lepas.

Katanya, sasaran itu hasil semakan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Ia merupakan tanggungjawab bersama kementerian dan lebih 50 agensi pembangunan usahawan lain untuk memastikan sasaran itu dicapai.

“Sasaran 41 peratus itu bergantung kepada jumlah keseluruhan besar KDNK untuk tahun ni,” katanya semasa sidang media sempena Majlis Perhimpunan Menteri bersama Warga KUSKOP dan Agensi 2024, di sini hari ini.

Dalam pada itu, kata Ewon, kementeriannya berharap akan mendapat peruntukan yang lebih besar pada Belanjawan 2025.

“Kami telah adakan pelbagai sesi libat urus dengan pihak berkaitan sebagai persediaan belanjawan akan datang.

“Jadi kita sudah terima banyak cadangan dan kita sudah kemukakan kepada Kementerian Kewangan. Saya menaruh keyakinan yang tinggi agar peruntukan tahun depan adalah lebih baik,” katanya.

Kata beliau, ia merupakan usaha untuk menjayakan pelbagai inisiatif bertujuan membangunkan sektor PMKS dan koperasi negara.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN