KUALA LUMPUR: Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berperang dengan rasuah dan penyelewengan. Menurut Anwar, ini berikutan kebanyakan kontrak yang disemak berlaku ketirisan sehingga berbilion ringgit. “Kerajaan Madani berperang sekarang dengan rasuah, dengan penyelewengan, dengan orang kadangkala bicara soal Islam dan Melayu, tetapi merompak hasil kekayaan negara kita. “Saya tidak mahu hal ini berlaku, mesti ada pengajaran, mustahil. Dalam keadaan kita semak hampir setiap kontrak…