ALOR SETAR: Keluarga kepada Syarafi Abu, 34, yang terlepas hukuman mati atas kesalahan membunuh, Nur Syuhada Johari, 19, lega dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Mahkamah Tinggi, di sini semalam. Bapanya, Abu Husin, 64, berkata, mereka sekeluarga ternanti-nantikan saat itu setelah menerima berita berkaitan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman mati Mandatori 2023 pada tahun lepas. “Terima kasih kerana bebaskan dia dari tali gantung. Perkara sudah berlaku, kami mahu minta maaf…