KUALA LUMPUR : Penyanyi dan selebriti usahawan, Nubhan Ahamad, 38, menolak andaian sesetengah pihak kononnya dia sengaja mencari penjaga untuk ibunya yang mesra disapa Mak Jenny, kerana mahu bersikap lepas tangan. Menurut Nubhan, tindakannya bukan kerana seperti yang didakwa, sebaliknya tujuan dia dan isteri, Afifah Tawfek, mencari penjaga kerana mahu memberi keselesaan dan menambah penjagaan buat ibu tersayang. “Bukan lepas tangan, tetapi berikan emak saya penjagaan ekstra. Kami berdua dan…