Budak tiga tahun maut terperangkap dalam kereta

Budak tiga tahun maut terperangkap 2 jam dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARIZONA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di Buckeye, Arizona, Amerika Syarikat pada Ahad.

Kanak-kanak malang itu dipercayai terperangkap dalam kereta tersebut selama dua jam dalam keadaan cuaca yang panas terik.

Menurut laporan ABC News pada Selasa, keluarga mangsa memaklumkan kepada pihak berkuasa, mereka baru pulang dari sebuah taman sekitar pukul 2.00 petang, waktu tempatan pada hari kejadian.

Kenyataan ini turut disahkan oleh Jabatan Polis Buckeye dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial.

Keluarga mula mencari kanak-kanak itu kira-kira dua jam kemudian dan akhirnya menemukan mangsa dalam kereta yang diparkir di hadapan sebuah rumah berhampiran North 212th Drive dan West Granada Road.
Pihak polis berkata, mereka dihubungi sekitar pukul 5.00 petang waktu tempatan.

“Anggota polis yang tiba segera memberikan bantuan pernafasan dengan menekan dada kanak-kanak itu menggunakan alat defibrilator automatik (AED) sebelum pasukan perubatan tiba untuk membawanya ke hospital. Malangnya, dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital,” menurut kenyataan polis.

Pada hari kejadian, suhu di sekitar Buckeye mencatatkan 38 darjah Celsius, menurut Perkhidmatan Cuaca Nasional.

Pihak polis memaklumkan siasatan masih di peringkat awal untuk mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak itu.

Julai lalu di Arizona, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun turut maut akibat kepanasan setelah ditinggalkan oleh bapanya di dalam kereta dengan enjin dan penyaman udara yang dihidupkan.

Namun, setelah hampir sejam, enjin kereta tersebut mati dan mengakibatkan kematian kanak-kanak itu kerana suhu dalam kereta yang meningkat secara mendadak.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN