Azerbaijan, Malaysia teroka prospek kembangkan hubungan dua hala

Azerbaijan, Malaysia meneroka prospek kembangkan hubungan dua hala

Nur Jazlan Mohamad (tiga dari kiri) dan Jeyhun Bayramov (dua dari kanan) pada perbincangan dua hala di Baku, Azerbaijan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU, Azerbaijan: Azerbaijan dan Malaysia bersetuju untuk meneroka pelbagai potensi hubungan dua hala terutama dalam bidang pelancongan dan pendidikan.

Memetik agensi berita Azertag, Menteri Luar Azerbaijan, Jeyhun Bayramov berkata, kedua-dua negara akan mengadakan satu rundingan sebagai kesinambungan daripada perbincangan yang diadakan di Kuala Lumpur pada Julai lalu.

Bayramov berkata demikian pada pertemuan dengan Timbalan Yang Dipertua Dewan  Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan delegasinya yang berada di negara itu sebagai pemerhati pilihan raya Parlimen.

Katanya, kedua-dua negara menggariskan pengalaman kejayaan kerjasama sebelum ini dalam pelbagai pertubuhan serantau dan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, dan Pertubuhan Kerjasama Islam.

Sementara itu mengenai pertemuan dengan Nuz Jazlan, Bayramov berkata, mesyuarat itu  menyaksikan perbincangan mengenai hubungan dua hala dan pelbagai hala Azerbaijan-Malaysia, proses dan keputusan pilihan raya awal kepada Majlis Milli, serta isu serantau.

Beliau memberi maklumat mengenai langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pilihan raya parlimen mengejut, seperti mana pilihan raya presiden yang telah diadakan pada awal tahun ini, adalah bebas, adil dan telus.

Beliau turut membincangkan penglibatan pemerhati antarabangsa dan usaha mewujudkan syarat-syarat yang diperlukan untuk pilihan raya memenuhi keperluan perundangan dan piawaian antarabangsa.

Bayramov juga menyifatkan mengadakan pilihan raya parlimen buat pertama kali di wilayah bebas Azerbaijan, iaitu Karabakh selepas pilihan raya presiden, sebagai satu peristiwa bersejarah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN